Penipuan Warga Afrika ~ Godam E-Mel Syarikat

Lagi penipuan di Internet yang didalangi sindiket warga Afrika telah berjaya dibongkarkan oleh pihak polis. Taktik terbaru mereka telah menyebabkan dua ahli perniagaan luar negara, mengalami kerugian hampir RM1 juta apabila akaun e-mel syarikat mereka digodam oleh sindiket berkenaan.

Dengan menyamar sebagai wakil syarikat di sini, modus operandi sindiket mereka menyasarkan e-mel syarikat pembekal dan syarikat penghantar ketika menuntut pembayaran bagi barang yang dipesan.

Tuntutan pembayaran dibuat terhadap pelanggan syarikat pembekal dan penghantar berkenaan sebaik sahaja barangan itu diterima.

Menerusi e-mel syarikat pembayaran dan penghantar itu, sindiket akan meminta pelanggan untuk buat pembayaran ke dalam nombor akaun sindiket tersebut.

Tanpa menyedari e-mel syarikat mereka telah digodam oleh sindiket, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian akan membuat pemindahan wang urusan jual-beli ke dalam akaun tempatan yang diberikan oleh suspek.

Taktik baru ini mula dikesan selepas polis menerima laporan daripada kedua-dua mangsa di ibu negara pada November lalu yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM960,000.

Asisten Komisioner Kamaruddin Md. Din, Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman berkata, kes pertama membabitkan sebuah syarikat pembekal alat telekomunikasi yang beroperasi di Dubai manakala kes kedua pula sebuah syarikat penghantar barang yang beroperasi di Bangladesh.

Mangsa hanya menyedari e-mel tersebut telah digodam selepas wang tidak diterima oleh pihak syarikat sebenar serta mendapati akaun berkenaan dibuka di Malaysia.

“Setakat ini, kita baru terima dua laporan polis berhubung modus operandi tersebut yang mula dikesan sejak Oktober lalu,” katanya lagi.

Dalam laporan polis yang diterima Kamaruddin pada 24 November lalu, seorang ahli perniagaan warga Iran mendakwa kerugian sebanyak RM900,000 selepas menerima e-mel palsu daripada seorang klien.

Mangsa yang berusia 26 tahun membuat empat transaksi ke dalam akaun sebuah syarikat milik suspek yang kesemuanya berjumlah RM900,000 sejak beberapa bulan yang lalu.

Dalam kejadian yang berasingan pula pada 2 Disember lalu, seorang pengurus syarikat warga Bangladesh berusia 63 tahun mengalami kerugian sebanyak RM60,000 ekoran modus operandi yang sama.

Jadi beliau menasihatkan orang ramai terutama ahli perniagaan, supaya berhati-hati dan menyemak dulu e-mel yang diterima daripada klien bagi mengelakkan kerugian.

Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.


Bisnes Internet Wanita
on Google+


Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 4 + 2