Salam Maulidur Rasul!
Selamat Menyambut Maulidur Rasul!…
Pada setiap tahun, kita sebagai umat Islam menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ini di seluruh dunia.
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Ianya jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w di hari tersebut. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul ini.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud ini bukan sahaja didapati oleh mereka yang mengadakan majlis tersebut, tapi juga seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
![]()
Bisnes Internet Wanita
on Google+
facebook comments:











