Alessandra Kekal Langsing

TERAPUNG dalam kayak berwarna kuning di laut Hawaii, model Alessandra Ambrosio dan famili adalah keluarga bahagia yang sempurna.

Model Brazil itu yang kelihatan memukau dengan bikini kuning dilihat bersama tunangnya, ahli perniagaan California, Jamie Mazur dan anak perempuan mereka, Anja yang akan mencecah usia tiga tahun hujung bulan ini.

Anja begitu comel memakai topi merah jambu dan dilengkapi jaket keselamatan ketika tiga beranak itu menaiki kayak meredah air.

Jamie mempamerkan tubuhnya yang sasa sambil memegang erat kayu pendayung.

Tiga beranak itu nyata seronok menikmati percutian di Hawaii dan aksi model Victoria Secret itu yang tampil dengan pelbagai bikini sudah dirakam sejak beberapa hari lalu.

Alessandra, 30, yang menggemari cahaya matahari sekali lagi meluangkan masa di pantai dan meluncur, semalam – pada satu ketika dia turut menanggalkan jaket keselamatannya, mendedahkan perutnya yang keperangan akibat aktiviti air pada waktu pagi.

Menggunakan bahasa Portugis ketika menyapa peminatnya di Twitter, Alessandra menulis: “Bom dia! Panggilan waktu pagi untuk pergi menyelam!”

Bintang Brazil itu yang muncul bersama Ashton Kutcher untuk jenama pakaian Colcci bulan ini, berkongsi rahsia untuk mengekalkan bentuk badannya, baru-baru ini.

“Saya suka melakukan sukan pilates, yoga dan menunggang basikal,” katanya kepada Hollyscoop.

“Saya juga suka meluncur dan meluangkan masa di pantai.

“Untuk diet, saya gemar memakan makanan seperti salad dan sayur-sayuran. Ia membuat anda rasa selesa sepanjang hari.”

Sementara itu, Alessandra turut bercakap mengenai cara dia kembali langsing selepas kelahiran anak pertamanya.

“Untuk mendapatkan kembali bentuk tubuh saya selepas melahirkan anak – tiada rahsia sebenarnya. Semuanya hanya bersenam dan memakan makanan yang sihat.”

Alessandra dinobat sebagai salah seorang bintang dalam bidang peragaan yang diceburinya.

Dia disenaraikan di tempat kelima dalam senarai Forbes bagi model yang memperoleh pendapatan paling tinggi di dunia dengan anggaran AS$5 juta (RM15juta) sejak 12 bulan lalu.

Sumber: myMetro


Bisnes Internet Wanita
on Google+


Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 5 + 7