Bisnes Baju Kurung Online

Perniagaan bukanlah satu bidang yang bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Malah ada yang hanya bertujuan untuk memenuhi masa lapang mereka ataupun sekadar suka-suka saja.

Inilah yang berlaku kepada sekumpulan empat rakan karib Rozita Ahmad Tajuddin, 32, Nur Haliza Hassan, 32, Noor Fitriah Bakri, 32, dan Syarifah Zurina Syed Salim, 32.

Mengenai penglibatan mereka dalam bidang ini, mereka sekadar ingin berkongsi apa yang mereka ada, dan bukanlah bertujuan untuk menjadi kaya atau mengumpul harta.

Ternyata penglibatan mereka dalam bidang perniagaan ini tiada sebarang perancangan, malah mereka melakukannya secara spontan.

Menurut Rozita, mereka berempat membuat keputusan untuk bergabung tenaga selepas pulang bercuti dari Vietnam.

Selain melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik, mereka turut melawat tempat-tempat membuat baju termasuklah baju kurung.

Setelah meneliti kesemua baju kurung yang dihasilkan berkualiti serta menarik jahitan maniknya, tanpa membuang masa mereka terus bersetuju untuk memasarkan produk tersebut di Malaysia.

“Sekembalinya ke Malaysia, kami terus membuat keputusan untuk memasarkan baju-baju tersebut.”

“Ini kerana, selain dibuat daripada kain yang berkualiti, jahitan manik yang dijahit juga kemas dan menarik.”

“Dari situlah kami terfikir untuk menjual baju-baju tersebut di sini memandangkan orang kita banyak mengenakan baju kurung apabila ke pejabat.”

Walaupun ia baru dipasarkan melalui Internet awal tahun ini, ternyata percaturan mereka membuahkan hasil.

Selain memasarkan produk mereka melalui Internet dan kawan-kawan, mereka juga merupakan pembekal kepada peniaga-peniaga yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Mereka turut memasarkan baju kurung kanak-kanak dengan menggunakan jenama Drama Queen.

Menurut Nur Haliza pula, baju kurung yang mereka jual diperbuat daripada pelbagai jenis kain kapas seperti kain kapas Inggeris, Korea, sutera dan juga linen.

Apa yang menarik mengenai latar belakang masing-masing, ternyata tiada seorang pun daripada mereka yang mempunyai asas mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan.

Tapi disebabkan minat selain ingin membuktikan kebolehan masing-masing, mereka tak kisah untuk belajar dari bawah dan hingga kini mereka berempat masih lagi menimba pengalaman.

“Kami juga mempunyai kemahiran masing-masing dan setiap seorang akan bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan seperti bahagian pemasaran, pengiklanan dan sebagainya.”

Menurut Rozita, hari ini hanya dirinya dan Nur Haliza sahaja yang bermastautin di Kuala Lumpur manakala Syarifah Zurina tinggal di Pulau Pinang dan Noor Fitriah kini bertugas di luar negara.

Kesemua baju kurung siap bagi dewasa dan kanak-kanak boleh di lihat di blog mereka ataupun di facebook.

Malah kesemua produk yang dipasarkan adalah mampu milik kerana harganya berpatutan.


Bisnes Internet Wanita
on Google+


Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 3 + 3