Category Archives: LANGSING & KURUSKAN BADAN

Luna Maya Elak Timbang Berat Badan

Apabila bulan Ramadan menjelang, pasti ramai selebriti mahupun orang biasa mengambil peluang untuk mengamalkan diet atau gaya pemakanan yang sihat agar berat badan menurun.

Berbeza pula dengan aktres dan pengacara televisyen Indonesia terkenal, Luna Maya yang mengakui bimbang untuk menimbang berat badannya ketika bulan Ramadan kali ini.

Dipetik dari laman sesawang KapanLagi, aktres “Nada Cinta” memberitahu dia sukar untuk mengawal nafsu makan sejak mula berpuasa dan pipinya semakin tembam.

Gajus, Sebaik Pil Vitamin Semulajadi

Juadah biskut raya enak berasaskan kacang gajus, tanpa disedari menjadi antara yang popular sempena musim perayaan ini.

Gajus sememangnya terkenal sebagai penambah rasa, justeru tidak menghairankan jika ia sering ditabur dalam masakan nasi tradisional seperti nasi minyak atau nasi beriyani, lauk-pauk seperti dalca dan pencuci mulut bagi mengangkat aromanya.

Namun lebih menarik, ia sebenarnya bukan kacang sebarangan kerana padat dengan khasiat, dan jarang ditemukan dalam kekacang lain.

Obesiti di Kuwait Teruk

MANAMA: Kuwait mempunyai kadar obesiti paling tinggi di dunia, kata Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Al Sabah, Dr Mubarak Al Kandari, semalam.

Menurutnya, kira-kira 250,000 warga Kuwait menghidap obesiti dan sehingga 50,000 daripada mereka memerlukan pembedahan.

Khasiatnya Kurma

Hakikatnya, tidak perlu menunggu hingga ke bulan Ramadan untuk anda menikmati kurma. Ini kerana kurma adalah buah seribu khasiat. Ingin tahu mengapa?

Selain kandungan kalorinya yang tinggi, ia juga mudah dihadamkan ketika berbuka puasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...