Category Archives: UMUM

Salam Maulidur Rasul!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul!…

Pada setiap tahun, kita sebagai umat Islam menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ini di seluruh dunia.

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Ianya jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Bill Gates Paling Kaya di AS

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Status ekonomi AS yang tidak menentu sejak kebelakangan ini tidak menghalang pengasas gergasi perisian komputer Microsoft, Bill Gates mengungguli tempat teratas individu terkaya di AS selama 18 tahun berturut-turut.

Senarai tersebut yang di keluarkan oleh majalah Forbes kelmarin, turut menyenaraikan 400 orang terkaya di negara kuasa besar berkenaan.

Menurut majalah tersebut, nilai kekayaan pengasas bersama Microsft itu pada tahun ini ialah AS$59 bilion (RM185.82 bilion), bertambah sebanyak AS$5 bilion (RM15.74 bilion) sepanjang tahun ini berbanding setahun lalu.

Saman Kerana Kamera Dalam Tandas

WASHINGTON – Seorang pelancong dari Virginia, William Yockey bertindak menyaman restoran Starbucks sebanyak AS$3 juta (RM9.39 juta) dengan dakwaan syarikat itu meletakkan kamera tersembunyi di dalam tandas.

Kamera tersebut dijumpai oleh anak perempuan Yockey yang berusia lima tahun ketika dia menggunakan tandas di restoran itu.

William menuduh rangkaian kopi global yang beribu pejabat di Seattle itu melakukan pencerobohan privasi, kecuaian, sengaja menimbulkan tekanan emosi dan cuai dalam memberi latihan dan penyeliaan kakitangan.

Samsung Mahu Halang iPhone 5

SEOUL – Syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics akan memfailkan saman bagi menghalang penjualan produk terbaru syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple, iPhone 5, kata satu laporan hari ini.

Akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper yang memetik pegawai Samsung sebagai berkata, syarikat itu akan melancarkan satu tindakan perundangan strategik ketika Apple dijangka memulakan penjualan telefon pintar itu bulan depan.

‘‘Kami masih belum membuat keputusan untuk memfailkan saman di Korea Selatan atau di negara ketiga,’’ kata pegawai yang enggan identitinya didedahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...