Marsha Cuba Bunuh Diri?

MENGUCAP panjang Syed dengar cerita tentang pelakon dan penyanyi yang ‘berani mati’ ini. Kata orang nama Marsha memang cukup panas sejak mula melangkah sebagai artis dulu. Ada sahaja kontroversi yang melanda Marsha sampai hari ini.

Terbaru Marsha dipercayai menelan pil sampai 30 biji sehingga di masukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Rabu lalu. Ramai yang terkejut dengan tindakan Marsha tu tetapi ramai juga yang nak tahu apa yang dah jadi.

Kalau telan ubat dua atau tiga biji tu orang tak hairan sangat. Tapi kalau dah sampai 30 biji tu memang macam tak masuk akal. Selalunya orang yang telan pil sebanyak itu sebagai cubaan nak bunuh diri.

Cuma ada beberapa sumber yang membisikkan ke telinga Syed mengatakan yang Marsha tertekan akibat cinta. Kata mereka sebelum ini juga Marsha pernah menulis status di laman sosial miliknya yang menggambarkan cintanya seperti bermasalah. Ala-ala orang ‘frust menonggeng’, begitu.

Apakah sememangnya hubungan Marsha dengan lelaki yang kaya-raya itu sudah musnah atau menghadapi masalah?

Syed tak tahu itu benar atau tidak. Apa-apa pun baik kita tunggu sahaja penjelasan Marsha bila dah pulih nanti. Tapi Syed percaya Marsha tak akan buat kerja gila macam tu. Kalau ada masalah besar mana sekalipun tak kan sampai nak cabut nyawa sendiri. Paling tidak masih banyak cara lain nak selesaikan masalah mereka.

Syed: Perangai yang baik kita ikut, yang buruk tinggal jauh-jauh.

Sumber: Utusan Malaysia Online


Bisnes Internet Wanita
on Google+


Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 5 + 6