Tag Archives: Bekerja Dari Rumah

Natasya Tawar Kain, Baju Siap

SITI Natasya Roslan, 28, mungkin masih baru dalam bidang usahawan tetapi dia dapat melihat sendiri berbaloinya pulangan hasil perniagaan di Internet.

Dia menceburi bidang itu secara sambilan pada tahun lepas namun tidak terlalu mendalam memandangkan komitmen terhadap kerjanya dalam bidang perhubungan awam.

Melihatkan perniagaan kain yang diusahakan semakin meningkat maju, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan perniagaannya.

Rancaknya Urus Niaga Di Internet Menjelang Syawal

PILIH mana satu berkenan di hati. Kemudian klik. Ikuti arahan pembayaran dan esok terima bungkusan. Alangkah mudahnya berurus niaga menerusi Internet, tidak perlu bersusah-payah mencari parking, bersesak-sesak di pusat membeli-belah atau beratur di kaunter pembayaran namun masih mampu mendapatkan apa yang dihajatkan di hati.

Lebih-lebih lagi apabila Hari Raya semakin hampir, tetapi persiapan terutama baju raya sama ada untuk diri sendiri mahupun anak-anak belum tersedia dek kesibukan tugasan yang berlambak di pejabat.

Tubuh dan minda juga pasti tidak mempunyai kekuatan untuk ‘menyerbu’ pusat membeli-belah, justeru Internet dijadikan pilihan untuk urus niaga pembelian.

Yang paling sibuk sudah tentunya pemilik premis niaga maya yang perlu menguruskan penghantaran produk agar selamat, tepat dan diterima dengan penuh puas hati dari si pembeli.

Shopping Cart Di Online

SEKALI mencuba membeli secara dalam talian sudah pasti seseorang itu akan membeli lagi. Ini kerana membeli cara ini lebih murah, mudah, tidak perlu keluar rumah, mengharungi kesesakan, membayar letak kereta, berpanas dan sebagainya.

Melihat kepada minat ramai kini yang lebih gemar membeli secara di dalam talian, Aliza Taher tidak terkecuali untuk membuka laman sesawang sendiri awal tahun ini bagi menjual produk keluarannya.

Berkonsepkan shopping cart, kata Aliza, cara ini lebih memudahkan pembeli yang hendak membeli barang dan penjual yang hendak menjual barangan mereka.

”Di Malaysia memang ramai yang berniaga dalam talian tetapi kurang yang menggunakan konsep shopping cart atau online store.

Idea Bisnes Internet ~ Siri 2…

Lagi Idea-idea untuk Kita Mulakan Bisnes Internet Dari Rumah

5. Bisnes Internet ~ Pemasaran Affiliate 

Program internet affiliate dan rangkaian pemasaran affiliate, boleh digunakan untuk memasarkan barangan dan perkhidmatan secara online. Sesetengah program affiliate  tawarkan dua cara untuk buat duit secara online. Iaitu dengan menjual produk atau perkhidmatan sebagai agen affiliate mereka, atau dengan mendaftarkan orang lain untuk sertai program affiliate yang sama.

Dengan mana-mana bisnes dari rumah yang punyai laman web, kita boleh buat keuntungan dengan meletakkan iklan affiliate di laman web kita, tapi terdapat juga ramai yang melakukan bisnes pemasaran affiliate ni secara sepenuh masa dan mendapatkan pendapatan yang lumayan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...