Tag Archives: dengan

Pejabat Google Tercanggih Di Dunia

GOOGLE perlukan juruteranya untuk mencetuskan idea-idea pintar. Oleh itu, suasana kerja seperti di rumah siri Big Brother di harap dapat membantu mereka berbuat demikian.

Ibu pejabat syarikat enjin pencarian Internet terkemuka di London yang terletak di Victoria itu, mempunyai tiga tingkat. Bagaimanapun, sebahagian daripada 350 kakitangannya mula bekerja dari minggu lalu di tingkat kejuruteraan yang disusun semula. Ianya dipanggil L4, antara pejabat paling canggih di dunia.

Bilik mesyuaratnya dilengkapi sofa bersegi ganjil, koridornya kelihatan seperti di dalam kapal angkasa Enterprise. Dan pekerjanya boleh bermain snuker dan permainan video ketika waktu rehat.

LinkedIn Kini Dalam Bahasa Melayu

Bila bercerita mengenai proses mencari pekerjaan, ianya mungkin agak mudah untuk sesetengah individu namun, ia juga boleh menjadi perkara sukar untuk orang lain walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi.

Di zaman teknologi bermaklumat (IT), proses mencari kerja adalah lebih mudah kerana boleh melakukannya melalui Internet, sama ada meninjau kerja kosong atau mengiklankan diri sendiri.

Bakal Doktor ~ Raihanna, Pakar Kek

SENI kulinari adalah ‘cinta’ pertama gadis ini, namun keputusan peperiksaan yang cemerlang membuatkan dia ditawarkan mengikuti kursus perubatan di Russian State Medical University, Moscow.

Mengejar dua bidang berbeza yang menjadi minatnya lalu dia berazam untuk bergelar doktor yang pakar dalam membuat kek.

“Bagi saya membuat kek umpama sesi terapi terutama ketika stres berdepan dengan pengajian yang semakin sukar,” ujar, Raihanna Kamaruddin, 23.

Gadis manis ini mengakui menuntut ilmu di negara orang memang ada cabarannya tersendiri apatah lagi apabila ia dijalankan sepenuhnya dalam bahasa tempatan.

Kata Terakhir Jobs Adalah ‘Oh Wow’

NEW YORK: Adik kandung Steve Jobs mendedahkan saat-saat akhir dan kata-kata aneh yang diucapkan abangnya sebelum pengasas bersama Apple itu mati.

Mona Simpson menceritakan bagaimana Jobs menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan dikelilingi orang tersayang, semasa berucap di majlis pengkebumian abangnya minggu lalu. Dia memberitahu hadirin pada majlis itu di Gereja Memorial University Stanford bahawa Jobs memerhatikan isteri dan anaknya sebelum berkata: ‘Oh wow. Oh wow. Oh wow.’ Mona berkata: “Kata-kata terakhir Jobs adalah ekasuku yang diulanginya tiga kali, dalam ucapannya yang disiarkan dalam New York Times semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...