Tag Archives: diet
Berat Badan Turun Kerana Gelaran Monster
SHEFFIELD, Britain – Seorang lelaki, Mickie Ness, 39, menurunkan berat badannya selepas dia digelar sebagai Monster Loch Ness kerana mempunyai berat badan 196 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar kelmarin.
Berat badannya meningkat selepas dia terlibat dalam kemalangan motosikal 20 tahun yang lalu.
Alessandra Kekal Langsing
TERAPUNG dalam kayak berwarna kuning di laut Hawaii, model Alessandra Ambrosio dan famili adalah keluarga bahagia yang sempurna.
Model Brazil itu yang kelihatan memukau dengan bikini kuning dilihat bersama tunangnya, ahli perniagaan California, Jamie Mazur dan anak perempuan mereka, Anja yang akan mencecah usia tiga tahun hujung bulan ini.
Anja begitu comel memakai topi merah jambu dan dilengkapi jaket keselamatan ketika tiga beranak itu menaiki kayak meredah air.
Jamie mempamerkan tubuhnya yang sasa sambil memegang erat kayu pendayung.
Kuasa Buah
Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.
Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?
Teknik Masak Kekal Nutrisi
RAMAI mengetahui salmon yang hidup di lautan Atlantik dan Pasifik memiliki omega-3 dan protein yang sangat tinggi berbanding ikan lain.
Rasanya yang manis dan berlemak ini sesuai untuk semua peringkat usia terutama kanak-kanak kerana kandungan omega dan DHA yang penting untuk pertumbuhan otak mereka.
Menurut Chef Eksekutif Hotel One World, Chef Ammar Ibrahem El Ali, oleh kerana ikan ini agak sensitif, cara memasaknya perlu menggunakan teknik tertentu bagi mengekalkan nutrisinya.














