Tag Archives: itu

Blogging Suka-suka, Boleh Dapat Pendapatan

Buat blog dan kongsi pengalaman diri mampu meraih pendapatan.

Inilah yang terjadi pada Nur Fatin Liyana Asri, 22, pelajar perubatan yang tiba-tiba meraih perhatian selepas namanya tersenarai dalam 10 carian paling popular di Google Malaysia 2011.

Carian bagi kata kunci ‘Fatin Liyana’ berada pada tangga keenam selepas carian untuk Bruno Mars, Hana Tajima, Cikgu Shida, Avril Lavigne dan Anwar Ibrahim.

Sementara itu di tangga ketujuh pula ialah penyanyi remaja popular Justin Bieber dan diikuti oleh selebriti Rihanna, Ustaz Kazim dan blogger Hanis Zalikha.

Pejabat Google Tercanggih Di Dunia

GOOGLE perlukan juruteranya untuk mencetuskan idea-idea pintar. Oleh itu, suasana kerja seperti di rumah siri Big Brother di harap dapat membantu mereka berbuat demikian.

Ibu pejabat syarikat enjin pencarian Internet terkemuka di London yang terletak di Victoria itu, mempunyai tiga tingkat. Bagaimanapun, sebahagian daripada 350 kakitangannya mula bekerja dari minggu lalu di tingkat kejuruteraan yang disusun semula. Ianya dipanggil L4, antara pejabat paling canggih di dunia.

Bilik mesyuaratnya dilengkapi sofa bersegi ganjil, koridornya kelihatan seperti di dalam kapal angkasa Enterprise. Dan pekerjanya boleh bermain snuker dan permainan video ketika waktu rehat.

Taylor Swift Ancam Saman Laman Web

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Country – Taylor Swift, telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan selepas dia dikaitkan dengan skandal gambar bogel.

Penyanyi itu dikatakan berang selepas satu laman web gosip, menyiarkan gambar wanita yang menyerupai dirinya dalam keadaan separuh bogel bertajuk ‘Gambar Taylor Swift Separuh Bogel Bocor?’ Peguam penyanyi berusia 21 tahun itu yang lagu hitnya termasuk ‘Love Story,’ menuntut laman berkenaan membuang gambar itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...