Tag Archives: kegemukan
Obesiti di Kuwait Teruk
MANAMA: Kuwait mempunyai kadar obesiti paling tinggi di dunia, kata Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Al Sabah, Dr Mubarak Al Kandari, semalam.
Menurutnya, kira-kira 250,000 warga Kuwait menghidap obesiti dan sehingga 50,000 daripada mereka memerlukan pembedahan.
Punca Kegemukan & Obesiti…
Tahukah anda di antara punca utama kegemukan & obesiti adalah amalan pemakanan yang tidak seimbang? Kini ramai yang lebih menyukai untuk makan di luar dan di antara pilihan ramai adalah makan makanan segera. Ini mungkin disebabkan kesibukan menjadi faktor utama atau mungkin juga kerana ianya mudah didapati di mana-mana sahaja.
Senangkan, tak payah bersusah-payah nak membeli & menyediakan bahan masakan dan nak memasak pun akan mengambil masa juga kan
60% Rakyat Malaysia Gemuk & Obes???… Haa!!! Betul ke ni?…
“Gemuk Punca Hayat Pendek“… Inilah tajuk daripada salah satu petikan artikel dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 November 2010. Amat menakutkan!…
Lebih membimbangkan lagi bila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 60% penduduk Malaysia punyai berat badan berlebihan & separuh daripadanya adalah obes. Hemmm… dah tak terkata dah ni… Adakah kita atau keluarga tersayang mahupun mereka yang kita kenal termasuk dalam golongan ini?…
Masalah obesiti juga merupakan punca yang menyebabkan jangka hayat generasi muda di negara ini menjadi lebih pendek berbanding dengan generasi sebelumnya. Dan masalah ini bukan hanya melibatkan golongan dewasa sahaja, malah turut membabitkan kanak-kanak. Ianya semakin serius sehingga kanak-kanak di pra-sekolah turut mempunyai masalah berat badan yang berlebihan… macam mana ni???…













