Tag Archives: Kesihatan
Gajus, Sebaik Pil Vitamin Semulajadi
Juadah biskut raya enak berasaskan kacang gajus, tanpa disedari menjadi antara yang popular sempena musim perayaan ini.
Gajus sememangnya terkenal sebagai penambah rasa, justeru tidak menghairankan jika ia sering ditabur dalam masakan nasi tradisional seperti nasi minyak atau nasi beriyani, lauk-pauk seperti dalca dan pencuci mulut bagi mengangkat aromanya.
Namun lebih menarik, ia sebenarnya bukan kacang sebarangan kerana padat dengan khasiat, dan jarang ditemukan dalam kekacang lain.
Gastrik Punca Pedih Ulu Hati?
PERNAHKAH anda tiba-tiba berasa sakit pada bahagian bawah dada yang kemudiannya terus naik ke leher?
Anda juga secara tiba-tiba dapat merasai makanan yang baru saja dimakan seakan-akan naik ke tekak atau ada cecair agak pahit terutama apabila anda membongkokkan badan.
Awalnya anda menganggap simptom itu disebabkan berpuasa, tetapi kemungkinan gejala yang dikenali sebagai pedih hulu hati atau gastro oesophageal reflux disease (GERD).
Ia juga menjadi salah satu ketidakselesaan yang sering dialami oleh wanita hamil akibat peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.
Cara Makan Yang Baik
Namun ada cara yang baik untuk anda amalkan demi menjaga kesihatan. Antaranya:
1. Bersihkan tangan sebelum menyentuh makanan, dan pilihlah tempat yang bersih untuk menikmatinya.
…Salah satu cara makan tidak sihat ialah, makan tanpa berfikir dan tidak melakukan aktiviti selepas itu.
2. Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dengan baik sebelum ditelan. Air liur mengandungi enzim yang membantu penghadaman. Enzim-enzim itu boleh menghadam sehingga 80 peratus kanci, 30 peratus protein dan 10 peratus lemak.













