Tag Archives: Kini
Bisnes Karipap Online
Senang kan, kalau kita nak beli karipap beku kita boleh buat tempahan secara online saja? Yelah, tak perlu kita membuang masa nak pergi ke kedai dan belinya, duit petrol lagi dan nak cari tempat letak kereta lagi dan sebagainya kan…
Baru-baru ni Google Malaysia telah memperkenalkan program Get Malaysian Business Online (GMBO), yang nyata telah membawa lembaran baru kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Aziana Muhammad, 41.
Aziana mengakui nasibnya amat baik apabila diberi peluang oleh mereka yang ketika itu sedang mencari usahawan PKS sepertinya. Dan menjadi sebahagian daripada kajian kes projek GMBO itu.
LinkedIn Kini Dalam Bahasa Melayu
Bila bercerita mengenai proses mencari pekerjaan, ianya mungkin agak mudah untuk sesetengah individu namun, ia juga boleh menjadi perkara sukar untuk orang lain walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi.
Di zaman teknologi bermaklumat (IT), proses mencari kerja adalah lebih mudah kerana boleh melakukannya melalui Internet, sama ada meninjau kerja kosong atau mengiklankan diri sendiri.
Bisnes Kuih Talam
MASIH kuat dalam ingatan Basharah Mustafa, 57, bagaimana dia pengsan akibat kepenatan kerana begitu tekun menyiapkan tempahan kuih talam pelanggannya. Jadual hariannya begitu padat. Seawal pukul 4 pagi dia sudah sibuk di dapur menyiapkan tempahan yang akan diambil oleh pelanggan, sebelum dia ke tempat kerja dalam pukul 7 pagi.
Pulang ke rumah pada sebelah petang, dia masuk ke dapur lagi untuk menyiapkan tempahan-tempahan lain yang tak pernah surut.
“Kadang-kadang saya tidur pukul 2 pagi dan bangun semula pukul 4 pagi, sebab tulah sampai pernah pitam jadinya” kata Basharah menceritakan pengalamannya menjalankan bisnes kuih talam hampir sedekad lalu.
Basharah akhirnya dapat merehatkan badan dan menghadkan tempahan pelanggan, sejak dia bersara sebagai pegawai bank setahun lalu.













