Tag Archives: kita
Bisnes Karipap Online
Senang kan, kalau kita nak beli karipap beku kita boleh buat tempahan secara online saja? Yelah, tak perlu kita membuang masa nak pergi ke kedai dan belinya, duit petrol lagi dan nak cari tempat letak kereta lagi dan sebagainya kan…
Baru-baru ni Google Malaysia telah memperkenalkan program Get Malaysian Business Online (GMBO), yang nyata telah membawa lembaran baru kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Aziana Muhammad, 41.
Aziana mengakui nasibnya amat baik apabila diberi peluang oleh mereka yang ketika itu sedang mencari usahawan PKS sepertinya. Dan menjadi sebahagian daripada kajian kes projek GMBO itu.
Jom Mula di Google+
Ok sekarang kita dah ada akaun di Google+, jom kita mulakan buat post…
Buat Post di Google+
Untuk kita buat post di Google+, hanya klik di ruangan ‘Share what’s new…’ dan mula menaip apa yang kita ingin kongsikan. Kita juga boleh letakkan pautan dan gambar dengan klik pada ikon yang berkenaan.
Sebelum kita klik Share untuk kongsikan mesej kita, kita perlu tentukan siapa yang boleh melihat mesej kita. Pilih ‘Public’ jika kita ingin berkongsi dengan semua orang (Google juga akan indeks mesej kita dalam enjin cariannya).
Bagaimana Bermula Dengan Google+
Anda dah ada akaun Google+(Google Plus)? Jika belum daftar dengan rangkaian sosial yang baru oleh Google, iaitu Google+, kita harus dijemput atau mendapat jemputan dari mereka yang telah punyai akaun Google+.
Google+ punyai aliran yang lebih interaktif daripada yang biasa kita lihat di Facebook atau Twitter.
Jika kita ingin daftar akaun Google+, senang je boleh klik dan ‘Add to Circles’ Anne di ruangan Google+ yang berada di sebelah kanan blog WanitaIM.com ni. Ataupun klik je kat link ni ~> GOOGLE+
Google+ ~ Apa tu?…
Pernah dengar mengenai Google+ ? (sebutan sebagai Google Plus)
Atau kita pernah dengar mengenainya tapi tak tahu apa tu Google+. Ianya adalah sebuah laman web sosial baru dari Google.
Jika kita sebelum ni memang kaki Facebook, kita tak patut ketinggalan dengan tak menggunakan Google+ pula. Fungsi Google+ sebenarnya adalah lebih kurang seperti Facebook.














