Tag Archives: kurus

Berat Badan Turun Kerana Gelaran Monster

SHEFFIELD, Britain – Seorang lelaki, Mickie Ness, 39, menurunkan berat badannya selepas dia digelar sebagai Monster Loch Ness kerana mempunyai berat badan 196 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berat badannya meningkat selepas dia terlibat dalam kemalangan motosikal 20 tahun yang lalu.

Alessandra Kekal Langsing

TERAPUNG dalam kayak berwarna kuning di laut Hawaii, model Alessandra Ambrosio dan famili adalah keluarga bahagia yang sempurna.

Model Brazil itu yang kelihatan memukau dengan bikini kuning dilihat bersama tunangnya, ahli perniagaan California, Jamie Mazur dan anak perempuan mereka, Anja yang akan mencecah usia tiga tahun hujung bulan ini.

Anja begitu comel memakai topi merah jambu dan dilengkapi jaket keselamatan ketika tiga beranak itu menaiki kayak meredah air.

Jamie mempamerkan tubuhnya yang sasa sambil memegang erat kayu pendayung.

Tiga beranak itu nyata seronok menikmati percutian di Hawaii dan aksi model Victoria Secret itu yang tampil dengan pelbagai bikini sudah dirakam sejak beberapa hari lalu.

Kuruskan Badan & Langsing… Boleh ke?…

Adakah kita ingin kuruskan badan, punyai bentuk badan yang langsing & menarik? Dah puas berdiet tapi tak kurus-kurus juga? Nak pergi ke pusat pelangsingan badan, mahal la pulak. Jadi nak buat macam mana ya? :-)

Lebih merungsingkan lagi jika dah lah puas berdiet, berat badan kita turun sedikit je dan kemudian bertambah lagi daripada yang sebelumnya? Aduhai!… Senario ini berlaku pada diri anda ke? ;-)

Jadi apakah langkah kita seterusnya? Terus mengalah dan katakan pada diri sendiri, bahawa kita memang telah ditakdirkan sebagai seorang yang berbadan besar & montel… :-) Montel tu comel apa?… Heehee… Ya ke???…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...