Tag Archives: masalah berat badan

Obesiti di Kuwait Teruk

MANAMA: Kuwait mempunyai kadar obesiti paling tinggi di dunia, kata Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Al Sabah, Dr Mubarak Al Kandari, semalam.

Menurutnya, kira-kira 250,000 warga Kuwait menghidap obesiti dan sehingga 50,000 daripada mereka memerlukan pembedahan.

Berat Badan Turun Kerana Gelaran Monster

SHEFFIELD, Britain – Seorang lelaki, Mickie Ness, 39, menurunkan berat badannya selepas dia digelar sebagai Monster Loch Ness kerana mempunyai berat badan 196 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berat badannya meningkat selepas dia terlibat dalam kemalangan motosikal 20 tahun yang lalu.

Berubat Dengan Bersenam

JIKA sakit, ubat jadi penawar tetapi tahukah anda senaman juga satu cara mengubati penyakit?

Malah, ia cara terbaik untuk mengurangkan masalah berat badan berlebihan serta tidak memiliki kesan sampingan memudaratkan, sebaliknya menyihatkan badan dengan cara semula jadi.

Menurut Naib Presiden Exercise is Medicine, Perubatan Sukan Kolej Amerika, Dr Adrian Hutber, senaman yang dilakukan secara berkala mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 40 peratus.

Gaya hidup sihat dengan mengamalkan aktiviti fizikal sememangnya digalakkan bagi mengelakkan diri daripada terus terdedah kepada bahaya kegemukan serta penyakit lain yang berkaitan dengan pola pemakanan tidak seimbang.

“Sekurang-kurangnya kita perlu melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari bagi mencukupkan 150 minit seminggu dan perlu menampakkan peningkatan sebanyak 10 minit setiap kali ia dilakukan.

Berat Orang Utan Paling Gemuk Berkurangan

DORSET – Berat Orang Utan betina paling berat di Britain berkurangan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas haiwan itu diberikan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu yang diberi nama Oshine mempunyai berat 100kg semasa ia tiba di Taman Dunia Monyet di sini pada tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...