Tag Archives: Masalah di Internet
Ira DiSihir Guna Gambar Dalam FB
NILAI – Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
Mengesan Penggodam
SECARA umumnya, langkah-langkah yang terlibat dalam aktiviti penggodaman ini adalah seperti pencarian/pengumpulan maklumat, pencarian/kenalpasti kelemahan dan pelancaran eksploit terhadap sasaran sesebuah sistem rangkaian komputer atau siber.
Langkah pertama:
Pencarian Maklumat
Sekiranya seseorang pencuri atau perompak profesional mahu melakukan satu rompakan, perkara pertama yang perlu dibuat adalah pengumpulan maklumat.
Ia melibatkan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan rompakan tersebut seperti lokasi tempat rompakan, masa yang sesuai untuk buat rompakan dan sebagainya.
Begitu juga dalam aktiviti penggodaman ini, penggodam komputer mesti mengenali dengan lebih rapat lagi sasaran sistem rangkaian komputer atau siber yang hendak dicerobohi itu.
Guna Maklumat Dalam Facebook Untuk Curi Wang Jiran, Rakan
LONDON: Seorang penggodam mencuri wang milik rakan dan jirannya di dalam bank selepas memperoleh kata laluan daripada maklumat peribadi yang mereka masukkan dalam laman sosial seperti Facebook dan Friends Reunited.
Iain Wood, 33, dari Newcastle, menghabiskan masa 18 jam jam sehari untuk mencari butir peribadi jirannya.
Dia juga menggunakan butir peribadi rakannya untuk mencari kata laluan mereka sebelum menggodam akaun bank mangsa dan mencuri lebih 35,000 (RM175,000) dalam masa dua tahun.
Dia mula memindahkan wang seorang jiran terus ke dalam akaunnya pada November 2009.













