Tag Archives: Media Sosial

Bill Gates Paling Kaya di AS

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Status ekonomi AS yang tidak menentu sejak kebelakangan ini tidak menghalang pengasas gergasi perisian komputer Microsoft, Bill Gates mengungguli tempat teratas individu terkaya di AS selama 18 tahun berturut-turut.

Senarai tersebut yang di keluarkan oleh majalah Forbes kelmarin, turut menyenaraikan 400 orang terkaya di negara kuasa besar berkenaan.

Menurut majalah tersebut, nilai kekayaan pengasas bersama Microsft itu pada tahun ini ialah AS$59 bilion (RM185.82 bilion), bertambah sebanyak AS$5 bilion (RM15.74 bilion) sepanjang tahun ini berbanding setahun lalu.

Pengguna Tidak Berpuas Hati Dengan Facebook

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.

Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk ‘Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook’ manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.

Trend Baharu Bergambar Dalam Tandas

LONDON – Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas.

Bercerai Angkara FB

DAUD, 38, sudah memiliki dua isteri. Bersama isteri pertamanya, Julia, 36, mereka mempunyai empat orang anak.

Dengan isteri kedua, Mira, 25, usia perkahwinan mereka masih muda. Mereka berkahwin Mac lalu di negara jiran kerana Daud mengahwininya tanpa pengetahuan Julia.

Alasannya, dia tidak mahu isteri pertamanya itu kecewa dengan kecurangan yang dilakukannya.

“Dua tahun lalu saya mendapat tawaran kenaikan pangkat tetapi perlu berpindah ke Johor Bahru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...