Tag Archives: Salam AidilFitri
Anak Peneman Abby Di Pagi Syawal
TIADA apa yang menggembirakan hati seorang ibu dalam meraikan Syawal selain melihat anak-anaknya gembira dan berada di sisi.
Malah telatah dan kelibat anak-anak yang tersenyum di sebalik pakaian baru dan sampul hijau yang dikumpul membuatkan hatinya menjadi terhibur.
Itulah antara rasa yang dikongsi bersama oleh pemegang watak Inspektor Aleeza dalam drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi.
Tempah Produk Penjara Di Internet
KAJANG – Orang ramai yang berminat untuk membeli produk jualan yang dihasilkan oleh banduan di penjara boleh membuat tempahan di Internet dengan melayari laman sesawang Jabatan Penjara Malaysia (JPM) di www.prison.gov.my.
Daripada produk berasaskan kayu, besi, rotan, makanan dan pakaian, semuanya boleh ditempah di Internet dengan syarat nilai urus niaga ialah RM50 dan ke atas.
Pegawai Pemasaran, Penjara Wanita Kajang, Inspektor Penjara Shahrulbariah Sabdin (gambar kecil) berkata, tempahan menerusi Internet mempermudahkan usaha orang ramai untuk membeli barangan hasil kerja banduan yang mengikuti bengkel kemahiran Program Pembangunan Insan (PPI).
Aidilfitri DiSambut Sederhana
BAGI penyanyi yang terkenal dengan lagu Benang Emas, Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, 27, kehadiran Aidilfitri kali ini akan disambut dengan penuh kesederhanaan.
Menurut Nana, kebiasaannya dia dan anak tunggal kesayangannya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3 tahun, akan pulang ke kampung halaman di Felda Sendayan, Seremban apabila Aidilfitri tiba.
“Memandangkan kampung Nana di Seremban sahaja, Nana tidak perlu terburu-buru nak balik ke kampung,” ujarnya.
Tambahnya, lebaran tahun ini, dia bersama anaknya akan turut menziarahi pusara bekas suaminya, Mohd. Faisal Yusup yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Januari lalu.













