Tag Archives: Selebriti
Heidi Klum Paling Bahaya Di Ruang Siber
LOS ANGELES – Supermodel dan hos televisyen terkenal, Heidi Klum telah dinamakan sebagai selebriti paling bahaya di ruang siber kerana beliau dikatakan mengundang virus dan malware ke dalam komputer.
Firma keselamatan Internet McAfee memberitahu, orang ramai gemar mendapatkan carian untuk memuat turun kisah berkaitan bekas model Victoria’s Secret dan gambar skrin juri rancangan Project Runaway itu.
FBI Siasat Gambar Bogel Scarlett Johansson
LOS ANGELES - Bintang Hollywood, Scarlett Johansson(gambar) terpaksa mendapatkan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes gambar separuh bogelnya yang disiarkan menerusi Internet, semalam.
Gambar itu diambil sendiri oleh pelakon tersebut menggunakan telefon pintarnya dan dipercayai disiarkan menerusi Internet oleh pihak yang menggodam sistem telefonnya.
Selain itu, FBI turut menerima laporan lain berhubung kes yang sama melibatkan penyanyi Justin Timberlake dan pelakon Mila Kunis.
Tutup Kisah Lama – Faezah Elai
TIADA bicara hati dapat diluahkan aktres dan model terkenal, Faezah Elai, 29, selain menarik nafas lega selepas sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Mohamad Heykal Mohd. Hanifah, 38, pada 9 September lalu.
Dewan Kondominium Plantino, Gelugor, Pulau Pinang, menjadi saksi penyatuan dua hati ini di hadapan Jurunikah Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya kira-kira pukul 3.35 petang.
Seri wajah wanita yang baru bergelar isteri itu dilihat selepas upacara majlis pembatalan air sembahyang selesai dilakukan di hadapan seramai 300 ahli keluarga kedua-dua pasangan terbabit.
Resepi 2 ‘Diva’
PERTEMUAN yang diatur disambut dengan mesra oleh mereka, apatah lagi ini merupakan kali pertama Pancaindera cuba menggandingkan pelakon yang pernah mencipta fenomena menerusi filem Maria Mariana dan Sembilu ini.
Dulu kedua-dua diambang populariti. Melalui filem dan nyanyian di awal kerjaya yang membawa Erra Fazira dan Ziana Zain ke puncak kemasyhuran sampai hari ini. Impak yang ditinggalkan oleh mereka bukan kepalang. Sementelah ramai yang cukup teruja mendengar tarikan suara Ziana yang cukup bertenaga itu.
Erra pula lebih menyerlah dalam bidang lakonan. Pernah satu ketika digelar primadona filem Melayu, kini isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin itu lebih selesa di kaca televisyen. Kontraknya sebagai wajah eksklusif Astro juga sudah disambung dua tahun lagi.














