Tag Archives: Teknologi

Bill Gates Paling Kaya di AS

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Status ekonomi AS yang tidak menentu sejak kebelakangan ini tidak menghalang pengasas gergasi perisian komputer Microsoft, Bill Gates mengungguli tempat teratas individu terkaya di AS selama 18 tahun berturut-turut.

Senarai tersebut yang di keluarkan oleh majalah Forbes kelmarin, turut menyenaraikan 400 orang terkaya di negara kuasa besar berkenaan.

Menurut majalah tersebut, nilai kekayaan pengasas bersama Microsft itu pada tahun ini ialah AS$59 bilion (RM185.82 bilion), bertambah sebanyak AS$5 bilion (RM15.74 bilion) sepanjang tahun ini berbanding setahun lalu.

Saman Kerana Kamera Dalam Tandas

WASHINGTON – Seorang pelancong dari Virginia, William Yockey bertindak menyaman restoran Starbucks sebanyak AS$3 juta (RM9.39 juta) dengan dakwaan syarikat itu meletakkan kamera tersembunyi di dalam tandas.

Kamera tersebut dijumpai oleh anak perempuan Yockey yang berusia lima tahun ketika dia menggunakan tandas di restoran itu.

William menuduh rangkaian kopi global yang beribu pejabat di Seattle itu melakukan pencerobohan privasi, kecuaian, sengaja menimbulkan tekanan emosi dan cuai dalam memberi latihan dan penyeliaan kakitangan.

Samsung Mahu Halang iPhone 5

SEOUL – Syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics akan memfailkan saman bagi menghalang penjualan produk terbaru syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple, iPhone 5, kata satu laporan hari ini.

Akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper yang memetik pegawai Samsung sebagai berkata, syarikat itu akan melancarkan satu tindakan perundangan strategik ketika Apple dijangka memulakan penjualan telefon pintar itu bulan depan.

‘‘Kami masih belum membuat keputusan untuk memfailkan saman di Korea Selatan atau di negara ketiga,’’ kata pegawai yang enggan identitinya didedahkan.

Pengeksport eBay Terima Manfaat Ekonomi Global

KUALA LUMPUR – Para pengeksport Asia melalui eBay kini menyaksikan peningkatan jualan tahunan sebanyak 26 peratus di seluruh rantau ini, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh eBay hari ini.

Indeks Pengeksport Asia mendapati peningkatan ini dicatatkan oleh para pengeksport utama dengan jumlah dagangan tahunan melebihi AS$100,000 (RM300,000), kata eBay dalam satu kenyataan.

Di Malaysia, jualan daripada pengeksport besar melalui eBay mengukuh 20 peratus tahun-ke-tahun, dengan jualan buku mendahului kategori eksport, diikuti dengan pakaian dan aksesori, alat ganti kenderaan, barangan sukan, barang kemas, permata dan jam tangan, katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...